Sinopsis The Elegant Empire

Kisah Jugyeong (Han Ji-Wan) yang telah berumahtangga dengan Jang Giyun, Namun tanpa disedarinya, Jang Giyun (Kim Jin-Woo) tidak pernah sekali pun ada menyimpan perasaan cinta terhadap Jugyeong, segala ungkapannya sebelum itu semuanya palsu dan direka, Dia dipaksa oleh ayahnya untuk menikahi Jugyeong atas alasan yang tertentu yang tidak dapat dielakkan. Selepas mereka berumahtangga dan mendapat satu anak perempuan, Jugyeong dicabar dengan pelbagai konflik hingga menyebabkan dia terlibat dalam satu insiden kemalangan. Selepas kejadian tersebut, ramai yang bersimpati akan kepergian Jugyeong terutama sekali Jung Woo-Hyuk (Kang-Yul) yang sentiasa mengambil peduli dan berat kepadanya.

Kemunculan seorang wanita bernama Seo Hee-Jae (Han Ji-Wan) yang berketurunan orang kaya seiras dengan wajah arwah Jugyeong cuma tiada parut didahinya datang ke Korea Selatan untuk mencari sahabat masa lalunya iaitu Jugyeong. Dia cuba masuk ke sebuah syarikat tempat di mana Jugyeong bekerja dan akhirnya berjaya, semakin hari semakin pelik kelakuan tingkahlakunya.

Apakah rahsia besar disebalik seorang empayar anggun bernama Seo Hee-Jae? Adakah ini takdir buat Jang-Giyun ataupun hanya pembalasan?

Ringkasan

Perjalanan balas dendam yang terdesak namun elegan oleh dua lelaki dan wanita untuk memulihkan nyawa yang terkorban, keadilan yang ditindas, dan kebenaran tersembunyi di bawah kuasa besar... 'Empayar Elegan'